SKIM KHIDMAT PELAJAR (SKP), Kolej Pengajian Alam Bina (KAB)

🎓 SKIM KHIDMAT PELAJAR (SKP)

📍Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

KAB sedang mencari pelajar Sains Komputer UiTM yang berkelayakan untuk menyertai projek kemaskini laman web Built Environment Journal (BEJ) di bawah Skim Khidmat Pelajar (SKP)

🔧 Jenis Perkhidmatan: Operasi Teknikal dan Sokongan Digital
📆 Tempoh: 2 bulan (Bermula 5 Mei 2025)
Masa dan Tempat: 9 jam sehari, di KAB atau secara talian (berdasarkan keperluan projek)
💸 Kadar Bayaran: RM4.00 sejam

 

🧑‍💻 Tugas Utama:

  • Menggantikan laman web lama - https://bej.uitm.edu.my/ yang menggunakan Joomla kepada sistem yang lebih mesra pengguna dan percuma.
  • Menyediakan fungsi pengalihan ‘redirect’ secara automatik dari laman web lama ke laman web baru - https://journal.uitm.edu.my/ojs/index.php/BEJ.
  • Membuat perubahan kepada paparan laman web baru supaya nampak lebih moden dan dinamik seperti dicadangkan oleh pengurusan BEJ.
  • Memastikan laman web dapat dikendalikan dengan lebih mudah oleh pihak editorial BEJ dimasa hadapan.
  • Memastikan kestabilan, kelancaran dan kualiti sistem dan paparan laman web setelah perubahan dibuat.

________________________________________

🎯 Syarat Permohonan:

  • Pelajar Diploma atau Ijazah dalam bidang Sains Komputer yang masih aktif
  • Pelajar yang telah tamat pengajian tetapi belum menerima diploma/ijazah konvokesyen juga layak memohon.
  • CGPA sekurang-kurangnya 2.75.
  • Mempunyai kemahiran dalam pembangunan laman web (HTML, CMS, dsb.).
  • Perlu memiliki komputer riba dan kemudahan capaian internet sendiri.
  • Komited dan mampu bekerja secara berdikari.

________________________________________

📌 Cara Permohonan:

📅 Tarikh Tutup Permohonan: 30 April 2025

📅 Tarikh Temuduga: 2 Mei 2025

🔗 Pautan :

Borang Skim Khidmat Pelajar

Penghantaran borang

📧 Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

✉️ Sr Dr Mohd Azrai Azman / Managing Editor, Built Environment Journal

📞 016-2243530 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

________________________________________

✨ Peluang terbaik untuk mengasah kemahiran dan pengalaman profesional sambil menyumbang kepada misi akademik UiTM!