AKTIVITI UNIT HAL EHWAL PELAJAR (HEP) KAB 2024

Image
Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 akan berlangsung dari 7 hingga 26 Jun 2024.

Selamat Berjuang kepada Atlet KAB!
Ayuh semua warga KAB untuk turut sama, turun, memberikan semangat kepada para Atlet KAB yang akan berjuang dalam semua acara yang dipertandingkan.

Marilah kita sama-sama berdoa, semoga kejayaan menjadi milik KAB untuk SAF edisi kali ini.

@smf_kab

#uitm #uitmshahalam #uitmpuncakalam
#kab #weareAlamBina #weareKAB
#built #environment #builtenvironment
Image
HARI SUKAN KAB @ INTER-DEPARTMENT BATTLE DAY 2024
27 – 28 April 2024 | Pusat Sukan, UiTM Shah Alam

Hari Sukan KAB atau Inter-Department Battle Day (IDBD) 2024 telah diadakan pada 27 hingga 28 April 2024 yang lalu. IDBD untuk tahun ini mempertandingkan lapan sukan iaitu Sepak Takraw, Futsal, Badminton, Bola Keranjang 3 on 3, Tarik Tali, Bola Tampar, Mobile Legend dan PUBG Mobile.

Program ini dijalankan dalam usaha mencari bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar KAB dalam sukan yang dipertandingkan disamping memupuk satu budaya yang berkualiti, cergas dan sihat, mewujudkan persaingan sihat dan mengeratkan ikatan silaturrahim dan kemesraan di kalangan pelajar. Program ini juga merupakan salah satu program yang dijalankan sempena Minggu Kesejahteraan Siswa KAB 2024.

Keputusan akhir untuk IDBD2024 adalah seperti berikut:
Johan Keseluruhan: Ukur Bangunan
Naib Johan Keseluruhan: Sains Ukur dan Geomatik
Ketiga Keseluruhan: Pengurusan Pembinaan
Tahniah buat semua pemenang!

#uitm #uitmshahalam #uitmpuncakalam
#kab #weareAlamBina #wearefspu
#built #environment #builtenvironment

https://www.facebook.com/share/p/NoR9KLxubsV4yGaK/?mibextid=WC7FNe