Iklan Permohonan Khidmat Pembantu Pengawas Peperiksaan Akhir JANUARI 2024, KAB
1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syaratsyarat perlantikan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).
(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c) Sihat tubuh badan.
(d) Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
(e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
(f) Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM TIDAK DIBENARKAN memohon.
(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
2. Taraf Jawatan - Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 29 Januari 2024 hingga 18 Februari 2024 (termasuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad)
3. Kadar Bayaran - RM 4.00 sejam. (7.30 pagi hingga 6.00 petang)
4. Calon yang berminat boleh dapatkan Borang Permohonan di Kaunter Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam mulai 19 Disember 2023 (Selasa)
5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembali secara serahan di kaunter kolej pengajian sebelum atau selewat-lewatnya pada 18 Januari 2024 (Khamis)
6. Sebarang pertanyaan, hubungi :
Puan Hanisah : 03-5544 4346
Puan Nur Soraya : 03-5544 4256
Muat turun:
Borang Permohonan
Iklan Pengambilan