Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi Pusat Pengajian Pembinaan, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur kerjasama Persatuan Alumni Universiti-Universiti Texas (PAUT) akan menganjurkan Misi Ekspedisi Annapurna Base Camp (ABC) 2022, Nepal yang akan dilaksanakan bermula 10 sehingga 21 Mac 2022 dengan kerjasama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Perubatan dan Pertubuhan Alumni Alam Bina (PAAB). Program yang melibatkan 25 delegasi dari UiTM dan rakan kerjasama yang lain ini akan menjalankan aktivit pendakian ke Annapurna Base Camp, penyelidikan, MoU bersama Univerisiti Kathamandu dan CSR. Seramai 16 pendaki dari pelbagai latar belakang yang menyertai misi ini termasuk 6 pelajar Pusat Pengajian Pembinaan. Seramai 9 ahli delegasi CSR akan bersama-sama Duta Misi ini Dr Soo Wincci untuk aktiviti CSR di Katmandu, Nepal dan aktiviti di University Kathmandu. Program penuh pengisian selama 12 hari ini akan memberi impak dan visibilty FSPU dan UiTM umumnya di media global.
Aktiviti Latihan Persediaan ke Annapurna Base Camp