Setinggi-tinggi tahniah kepada Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pembinaan (AP246), Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Shah Alam, di atas pengiktirafan Akreditasi Penuh oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bermula tahun 2021 hingga 2024. Program ini juga adalah program pertama dari universiti tempatan yang mendapat pengiktirafan dalam bidang ‘Building & Construction Technology’ (BC).