Satu program iaitu Quantity Surveying Research and Innovation (QSRI) 2024 anjuran Bidang Ukur Bahan, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam dengan kerjasama School of Design and Built Environment, University of Canberra, Australia, telah diadakan pada 23 April 2024 secara atas talian menggunakan aplikasi Webex.
Program kali ini adalah bertemakan "Navigating the Future of Quantity Surveying through Research and Innovation". Program ini disertai oleh 44 orang pelajar sebagai pembentang poster, manakala 79 orang adalah peserta luar terdiri daripada staf UiTM dan juga dari industri dan universiti luar.
Penceramah jemputan turut juga diundang sebagai Keynote Speakers bagi program QSRI 2024 kali ini iaitu Profesor Sr Dr Mohammad Fadhil Mohammad, Profesor dari Bidang Pengajian Ukur Bahan, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM, dan juga Fiona Doherty, Adjunct Profesor di University of Canberra, Australia dan juga Director of Rider Levett Bucknall (RLB), Canberra, Australia.
Sekalung tahniah kepada semua pemenang poster yang menerima sijil penyertaan dan hadiah wang tunai.
QSRI 2024 Committee