SHAH ALAM, 21 Mei 2024 - Satu ceramah bertajuk ‘Spatial Structural Equation Modelling: New Method in Statistic’ telah diadakan di Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Shah Alam. Penceramah Jemputan Antarabangsa iaitu Dr Anik Anekawati S. SI, S. PD, M.SI dari Fakulti Kejuruteraan, Program Pengajian Sistem Informasi, Universitas Wiraraja, Surabaya ini merupakan seorang pensyarah kanan yang aktif dalam melakukan kajian menggunakan Teknik Spatial Structural Equation Modelling. Program ceramah yang diadakan selama dua jam dan telah dihadiri oleh pelajar-pelajar pascasiswazah dan juga pensyarah-pensyarah Kolej Pengajian Alam Bina. Sesi ceramah ini telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Prof Madya Ir Ts Dr Rumaizah Mohd Nordin selaku wakil ketua Umum bagi Komunitas Pengajian Tinggi Cendikiawan Nusantara (KPTCN), bersama Ts Dr Juliana Brahim selaku Setiausaha KPTCN, dan bacaan doa telah dibacakan oleh Sr Mohamad Zaihafiz Zainal Abidin.
Program ceramah pengantarabangsaan ini selari dengan aktiviti yang direncanakan di bawah Memorandum of Understanding (MoU) di antara UiTM bersama Universitas Wiraraja (UNIJA) yang telah ditandatangani pada 20hb Mei 2024 lepas.
Sepanjang program ini berlangsung, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada Spatial Structural Equation Modelling, Pembangunan model, Analisa spatial, Pembangunan Spatial SEM serta perkongsian data sebenar dalam kes kajian yang telah dilakukan oleh Dr Anik. Dengan adanya, perkongsian seperti ini dapat memberi pendedahan dan pembelajaran kepada pelajar dan penyelidik dari perspektif global.