SYARAHAN PERDANA PROFESOR ADJUNG Dato' Sr Mohd Zaid Zakaria
Satu Syarahan Perdana Profesor Adjung anjuran Pengajian Ukur Bahan, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, telah diadakan pada 21 Jun 2024, Jumaat jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Annexe, UiTM Shah Alam.
Syarahan Perdana yang bertajuk "The Challenges in Implementing ESG Policy in the Construction Industry in Malaysia: Regulator’s Perspective" telah disampaikan oleh Profesor Adjung YBhg. Dato’ Sr Mohd Zaid bin Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia. Program ini disertai oleh para pensyarah Bidang Ukur Bahan dan juga para pelajar Semester 1 hingga 6 Program Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian) (CFAP224) UiTM Shah Alam.
Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, KAB UiTM iaitu Profesor Madya Dr Yusfida Ayu Abdullah @ Mohd Zain. Turut hadir ke program ini ialah YBhg. Dato’ Sr VMr Dr Mohd Mazlan Che Mat, Pengerusi Eksekutif MCM Associates Sdn. Bhd. merangkap Presiden Institute of Value Management Malaysia (IVMM).
#uitm #uitmshahalam #uitmpuncakalam
#kab #weareAlamBina #weareKAB
#built #environment #builtenvironment
#MalaysiaMadani
#UiTMDiHatiku
#GRU2025